Aku rasa, aku kene hentikan tabiat ni..
Makin aku menggugel..makin byk aku jumpa
Makin aku rasa sakit
Tp, seakan ade tarikan gugel itu
Buat aku terus-terusan menggugel
Walau hasilnye selalu menyakitkan
Tp, aku ttp mahu lakukannya
Ntah. Aku xpasti..sejak bile aku jadik begini
Niat yg pada mulanya suka-suka, bertukar menjadi ketagih. Hasil yg pada mulanye memberahikan aku bertukar menjadi menyakitkan. Aku tau itu kisah lama. Tapi aku tetap terasa.
Aku tau, aku selalu buat buat xkisah dgn ape yg jadik disekeliling aku
Aku tau, aku selalu simpan ape aku rasa
Aku tau, aku selalu berdiam diri bile aku tahu sesuatu yg tak sepatutnya aku tahu
Aku tahu, aku mudah terasa namun aku masih cuba tersenyum
Aku tahu, rajukku xlama
Aku tahu, amarahku hanya seketika
Tp, aku juga manusia biasa
Kadang-kadang mahu disapa mesra
Kadang-kadang mahu mengetahui sesuatu sebelum aku mula bicara
Kadang-kadang mahu dipujuk bile aku merajuk
Namun, mungkin dgn sikapku yg sering bersahaja, membuatkan semua org berfikiran...
Ah, xapelah..karang-karang dia ok lah tu
Alah, kejap jek tu
nanti da ok, pandai la dia carik balik
Tiada Sudah Doa Daripada Seorang Mak
2 years ago
No comments:
Post a Comment